Rumah Kutai Perak Tiang Dua Belas

By Unknown - April 06, 2017

Siri ke-3 Kraf Rumah Tradisional Malaysia
RUMAH KUTAI PERAK TIANG DUA BELAS


Rumah kutai adalah rumah tradisional Melayu di Perak. Ia banyak terdapat di kawasan berhampiran tebing sungai negeri itu termasuk di Hilir Perak dan Kuala Kangsar.
Rumah kutai tiang 12, rumah ibunya terdiri daripada enam batang tiang panjang dan enam batang tiang serambi
naik.


Jika dipandang dari arah hadapan rumah, tiangnya tersusun dalam tiga baris dan masing-masing mempunyai empat batang tiang iaitu dua tiang panjang serta dua tiang serambi sama naik.


 




Reka bentuk rumah kutai banyak dipengaruhi beberapa faktor antara komponen ruang yang lazim seperti ruang serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur.

Serambi
Dikhaskan untuk lelaki dan di situ tetamu lelaki duduk ketika kenduri atau menjalankan pelbagai aktiviti lain. Ketika malam ruang ini digunakan sebagai tempat tidur anak teruna.

Rumah ibu

Pada rumah ibu terdapat ruang serambi dan kadang kala sebuah bilik kecil, tapi ruang bilik hanya wujud kemudian dan dikhaskan untuk bilik anak dara saja.

Selang

Selain menjadi lorong atau tempat laluan di antara kedua-dua bangunan, ia dijadikan tempat berbual atau menjalankan pelbagai aktiviti bagi perempuan.

Rumah dapur

Rumah dapur pula lebih kecil daripada rumah ibu, biasanya berbentuk rumah bujang. Ia digunakan sebagai tempat memasak dan alat keperluan dapur disimpan di situ. Sebuah tangga dan pelantar terdapat di tepinya dari pintu dapur yang berpelantar dan ia sering digunakan kaum ibu untuk ke sungai atau ke perigi bagi pelbagai tujuan termasuk mengambil air.


Tu je kot, Bai haha

video youtube, jangan segan2 skodeng channel den, SUBSCRIBE sekali ye hehehe

terima kasih:)


  • Share:

You Might Also Like

3 kongsi minat

  1. Macam mana nak tengok video model rumah kutai ni dekat youtube?

    ReplyDelete
  2. Minta izin guna gambar model rumah kutai dalam assignment saya ya.

    ReplyDelete
  3. Is poker safe? | DrmCDC
    Are poker safe? For many 동두천 출장안마 players in California, poker is not 경상남도 출장안마 only legal in California. 밀양 출장안마 However, 평택 출장샵 it can't be found on 파주 출장마사지 the internet. The internet is

    ReplyDelete